Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini
terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan
selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – Sin.
Sebagaimana halnya erti
huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang
lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah
ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan
hal-hal yang penting antara lain:
Allah bersumpah dengan Al Quran
bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang
belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Mengikut sebuah hadis, Surah
Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia
mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti
menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan
akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai
‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan
menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Seelok-eloknya membaca Surah
Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan
rezeki berlimpah luah.
Keberkatan Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah
Yassin, ia boleh menjadi kenyang
2. Jika orang tiada pakaian boleh
mendapat pakaian
3. Jika orang belum berkahwin akan
mendapat jodoh
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang
perasaan takut
5. Jika terpenjara akan dibebaskan
6. Jika musafir membacanya, akan
mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
7. Jika tersesat boleh sampai ke
tempat yang ditujuinya
8. Jika dibacakan kepada orang yang
telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
9. Jika orang yang dahaga
membacanya, hilang rasa hausnya
10.Jika dibacakan kepada orang yang
sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Fadhilat Surah Yaasin
Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam
banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
- Siapa yang membaca Surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi
- Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin
- Siapa membaca Surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali
- Siapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati
- Jika seseorang itu membaca Surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid
- Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, ‘Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.’
- Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.
- Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
Demikianlah, semoga kita selalu
membaca Al-qur’an setiap harinya.
Sumber: bagikandakwah
0 komentar:
Post a Comment